Saturday 13 May 2017

6 MASALAH YANG PERLU ANDA TANGANI SEPANJANG TEMPOH PENYUSUAN SUSU IBU

Menyusukan bayi bukan suatu perkara yang mudah, terutama untuk ibu muda yang masih belum mempunyai pengalaman. Sebab itu carilah ilmu sebagai persediaan untuk menangani masalah yang biasa berlaku semasa penyusuan susu ibu. 

1. Puting payudara pedih


Merupakan masalah biasa, terutama ketika  minggu pertama selepas bersalin. Ini adalah disebabkan bayi tidak menghisap dengan betul, dan juga mungkin disebabkan oleh kedudukan menyusu yang salah. Puting yang pedih boleh dielakkan dengan memperbetulkan kedudukan bayi ketika menyusu. Selepas menyusu, titiskan sedikit susu ke sekitar payudara yang pedih (kawasan areola). Susu ibu boleh bantu luka pada puting payudara sembuh. Hebat kan?


2. Puting payudara merekah
Keadaan ini amat menyakitkan dan boleh menjejaskan aliran susu. Memastikan yang bayi anda telah melekapkan mulutnya pada payudara anda dengan betul adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Namun, jika puting anda merekah dengan teruk, jumpalah doktor. Puting yang merekah boleh dijangkti kuman dan mengakibatkan payudara anda membengkak. Malah ada yang lebih teruk sehingga berlaku puting payudara berdarah. Dalam sesetengah keadaaan yang amat teruk, anda perlu menghentikan penyusuan buat sementara waktu agar puting anda cepat sembuh. Ketika tempoh ini, anda harus mengekalkan penghasilan susu dengan kerap mengepamnya.


3. Pembengkakan payudara
Payudara akan membengkak dan mengandungi banyak susu semasa dua hingga lima hari yang pertama selepas bersalin. Ini berlaku kerana anda tidak melakukan penyusuan dengan sempurna. Masalah ini boleh diatasi jika anda menyusukan bayi anda seberapa kerap yang mungkin dan membiarkan dia menghisap  lebih lama untuk merangsang aliran susu.

Payudara yang membengkak boleh diatasi dengan
  • memerah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi anda.
  • mandi dengan air panas atau mengggunakan penuam dan mengurut payudara anda sebeum menyusukan bayi
  • meletakkan daun kobis yang sejuk di antara masa penyusuan
  • menggunakan ubat penahan sakit

Jika pembengkakan ini berterusan dan menjadi serius, anda akan mendapat mastitis pula. 

4. Susu menitis
Susu akan menitis apabila sahaja anda teringat pada bayi anda atau semasa bayi anda sedang menangis. Magik kan? Ala ala kuasa psikik gitu. hihi
Masalah susu menitis juga boleh terjadi ketika anda sedang menyusui bayi anda, susu pada sebelah payudara anda yang sebelah lagi akan menitis juga.

Cara untuk mengatasinya termasuklah,

  • Meletakkan pelapik coli supaya ia dapat menyerap susu
  • Melakukan kelakuan sepert berpeluk tubuh yang akan menekan uting payudara anda akan dapat membantu mengelakkan supaya susu tidak menitis
  • memakai pakaian yang berbunga dan longgar akan membolehkan tanda susu menitis tidak dapat dilihat dengan jelas.
  • Semasa menyusukan bayi, anda boleh menadah bekas pada payudara sebelah atau boleh melakukan 'tandem nursing'
5. Saluran susu tersumbat
Saluran susu yang tersumbat mungkin berlaku kerana cara penyusuan yang tidak sempurna. Payudara akan berasa berketul-ketul, keras dan sakit.

Untuk mengelakkan dari saluran tersumbat, urut dengan lembut pada sekitar kawasan yang sakit sebelum dan semasa bayi menyusu. Mandi dengan menggunakan air panas atau suam dengan tuala panas pada payudara sebelum mengurutnya. Menukar kedudukan menyusu juga boleh membantu.

6. Mastitis
Pembengkakan payudara yang berlarutan boleh menyebabkan mastitis. Ia boleh menyebabkan payudara menjadi merah dan berasa sakit. Anda mungkin berasa kurang sihat seperti hendak demam dan suhu badan anda mungkin meningkat lebih daripada 38.5 darjah celcius.

Segera berjumpa dengan doktor kerana anda mungkin memerlukan antibiotik. Mastitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan 'abses' atau bengkak bernanah.

Jadi jangan pandang remeh sebarang masalah yang berlaku sepanjang tempoh penyusuan kerana ia mungkin boleh menjadi serius.

Cadangan Suplemen untuk ibu menyusu



Nak tahu lebih lanjut?
Boleh hubungi saya ye.

📱 019-9765052
📱 019-9765052
📱 019-9765052





Kelebihan membeli dengan kami

Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:


  • Konsultasi percuma
  • Cara pengambilan terbaik percuma
  • Jadual vitamin harian percuma

*******************************************************************


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
Instagram : Suplemen untuk semua
email: istadiniey@gmail.com

Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :)






No comments :

Post a Comment