Thursday 29 December 2016

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SUSU IBU?

Hari ini semakin ramai yang sedar kepentingan susu ibu, dan mula berusaha untuk menyusukan bayi secara eksklusif, sama ada ibu yang berada di rumah, mahupun yang bekerja di luar. Jadi, jom tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu. Apa yang anda perlu tahu tentang susu ibu? 

Susu ibu adalah sangat istimewa.



  • Ia mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh bayi pada empat hingga enam bulan pertama kehidupannya.
  • Susu ibu mengandungi hormon dan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda, yang tidak boleh diperolehi dengan cara-cara lain.
  • Ia mudah dihadam dengan komponen yang boleh diserap dengan cepat.
  • Ia boleh disesuaikan untuk mencapai keperluan nutrien  yang semakin meningkat apabila bayi semakin membesar.

Selain daripada dapat membantu perkembangan otak dan mengandungi kualiti  nutrien yang dapat membantu menahan jangkitan penyakit, ia juga dapat mengeratkan jalinan kemesraan antara ibu dan anak. Anak anda pasti seronok dengan sentuhan kulit ke kulit dan pegangan anda. Begitu juga anda.



Menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya 3 bulan boleh membantu mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan pada bayi.

Meneruskan penyusuan susu ibu sehingga sekurang-kurangnya 4 bulan boleh membantu mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan telinga.

Oksitosin, sejenis hormon yang terdapat dalam susu ibu dalam paras yang tinggi dapat membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat dan kembali kepada saiz asal.

Apa yang berlaku kepada tubuh anda?

Tahukah anda, tubuh anda telah mula bersiap sedia untuk melakukan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan anda! Kelenjar susu dan sel-sel untuk menghasilkan susu telah pun berkembang buat masa ini dan lebih darah akan ke bahagian payudara anda. Itulah sebabnya payudara anda menjadi lebih besar dan lebih berat iaitu lebih kurang 0.5 kg seminggu. Wow!hehe..

Ingatlah bahawa saiz payudara anda tidak ada kena mengena dengan cara penyusuan anda kepada bayi. Keupayaan anda menyusukan bayi juga tidak akan terjejas walaupun anda mempunyai saiz payudara yang kecil.

Puting payudara anda juga akan berubah disebabkan perubahan hormon ketika hamil.


  • Ia akan menjadi lebih gelap, di mana perubahan warna ini mungkin menjadi petunjuk kepada bayi untuk memudahkannya mencari puting payudara anda. 
  • Terdapat juga bintik-bintik kecil di sekeliling puting payudara anda. Ia mungkin adalah kelenjar yang menghasilkan bahan yang membersih, melincir dan melindungi puting payudara anda ketika menyusu.


Secara semulajadi, anda tidak perlu membuat sesuatu untuk menguatkan puting payudara anda. Anda tidak seharusnya menggosok puting payudara kerana ini akan menyakitkan dan menyebabkan penyusuan susu ibu menjadi sukar.

Nak tahu lebih lanjut?

Tunggu entry akan datang..
best kan menjadi seorang ibu..:)

Nak kehamilan yang sihat dan pengalaman mengandung yang indah? 
Cubalah suplemen Ibu hamil Shaklee :)



Berminat untuk mencuba suplemen Shaklee untuk anak remaja anda? Atau apa sahaja masalah kesihatan anda..kami sedia membantu :)

Jom hubungi saya 019-9765052




Konsultasi khas dan servis terbaik untuk anda. :) 

Kelebihan membeli dengan kami

Setiap pembelian set ini dengan Suplemen Untuk Semua melayakkan anda menerima:


  • Konsultasi percuma
  • Cara pengambilan terbaik percuma
  • Jadual vitamin harian percuma

*******************************************************************


Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com

Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN. >>>BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)




No comments :

Post a Comment